Monday, 15 June 2026

Hobi: Quilling Frame Paper Art.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Biasanya, jika uols ada tekanan apa yang uols buat? 
- do nothing?
- do hobbies?
- shopping?
- foods hunting?
- sleeping?
- jogging?

Banyak rite? me too bila ada tekanan kita akan leka dengan benda yang kita suka hendak buat. Kita jarang hendak blame kesukaan orang lain, manusia ada pelbagai karekter dan kerenah, kadang aktiviti tu kita tak suka pun hendak buat tapi jadi terbuat sebab kepala dah rasa sesak sangat. 

Semalam, tersentak jap dengan seseorang. Awal tu dia tanya taktau hendak buat apa, I just try suggest "do journaling", she said tak pandai. And kita pun buatkanlah contoh basic, tulislah aktiviti yang dah buat sepanjang pagi tadi, sebab she wA kita dah malam. Alih-alih she reply tak minat menulis, tak minat membaca. Entah kenapa, kita agak terasa sedikit dengan ayat tu. Betul menulis dan membaca itu, tidak semua orang suka lakukan, tadikan kau yang menanya aku, ihhhla~ udah lepas ini, udah jangan dicari kita ini sekiranya tidak dapat membantu apa-apa.

Kita mengadu dengan tuan asben, lagi-lagi bila dia dengar kita nak sidai semua orang, I is merajuk, hahaaa terus tuan asben call. He said, jangan paksa diri untuk bantu orang yang sendiri taknak bantu diri sendiri, wow~ is it my asben? ihiiii. Nanti kita sendiri yang rasa geram. Tengok tak apa jadi hiking hari tu, punyalah hendak cuba akhirnya sendiri tidak berupaya, kemampuan setiap orang tu tak sama. Pastu panjang lagi sampai lapar dibuatnya dengar tuan asben berceramah. 

Jadi, you do you, I do I. Sekarang tengah siapkan 5 bingkai quilling frame for my cousin. Kita rindu hendak main sticker~ huaaaaaaaaaa.


baru siap dua, on the way yang ke tiga.

rindu nak main ni...

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Thursday, 11 June 2026

Mahkamah Sekali Lagi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Kali lepas ke mahkamah, kes disebut semula pada 9 Jun dengan dokumen yang tidak cukup dan kehadiran Nurul Fatehah sekali. Kehadiran ke mahkamah kali ini dengan harapan fail masuk dewan bicara. Jadi, daktiga sudah menempah tiket awal tidak ke sekolah seperti lazimya kita gerak awal pagi. Nurul Fatehah sudah pun check-in hotel berdekatan dengan mahkamah. Tuan asben beri cadangan untuk kita stay dengan dia namun kita tidak mahu kerana ada order perlu disiapkan.

Kami gerak awal pagi dan perjalanan lancar, berhenti sarapan di kedai yang lepas sambil menunggu Nurul Fatehah sampai. Ramai benar manusia awal pagi, penuh tempat duduk. Kami duduk di meja paling tepi betul-betul sebelah tempat letak kereta. Tidak lama menunggu, Nurul Fatehah tiba dengan senyuman. 

Kami bersalaman dan berbual macam biasa, pesan menu pun menu dan minuman yang sama, hahaa tose dan barli suam. Tidak mahulah makan nasi lemak, ada yang mencari tandas kejap lagi. Selesai makan, kami gerak ke mahkamah yang berada tidak jauh dari tempat kita bersarapan. Kita pergi dengan Nurul Fatehah dan follow tuan asben.

Bila bertiga, kita harus berada jauh dengan tuan asben, untuk mengelakkan sebarang kejanggalan, lagi pula sudah lama tidak bertemu dengan minah seorang ni, dan bolehla gosip bout tuan asben, yihihihi~ 

Kali ini kita tidak berasa keseorangan dan agak tidak bergemuruh meskipun kes kita ni bukanlah biasa-biasa. Duduk menunggu dengan Nurul Fatehah dalam dewan bicara yang semakin lama semakin sejuk sambil bercerita itu dan ini memberi laluan, siap kita beri sepasang stokin yang dipakai kepada Teha, hahahaa~. (kita memang suka pakai stokin dua lapis). Kes by kes disebut satu persatu. Tiba giliran kami, eh pegawai pendaftar ni berkata lain pula. Walhal kali lepas, dia minta kami bawa Nurul Fatehah dan mengisi satu dokumen. Bila dokumen di hantar, dia tidak berpuas hati pula dan kes ditangguh lagi pada bulan Oktober nanti, lah~

Jadi, kes belum lagi masuk bicara, pada Nurul Fatehah kita mohon maaf sebab kecelaruan pegawai pendaftar. Selepas urusan mahkamah selesai kita kerah tuan asben mencari cafe, ngopi-ngopi sebelum Nurul Fatehah bergerak balik ke Kedah. Mulanya hendak lepak ZUS Coffee namun dua kali tawaf tiada tempat letak kereta at the end pergi Kenangan Coffee saja. Order menu sama lagi, weols puasa kopi sebenarnya masing-masing rasa dah mental ja dibuat dek tuan asben ni, maka kita order Signature Double Chocolate Frappe manakala tuan asben Hot Chocolate. Duduk berborak untuk finalization kisah mahkamah hari ini dan merancang beberapa hal untuk akan datang. 

Nurul Fatehah terus memandu pulang ke Kedah, kami pulang ke rumah sambil berbual beberapa hal lagi. I just doing good end up don't think, just go with the flow, ALLAH ada.



Iklan gigi, ahahaaa~

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.

Cervical Lordosis dan Cervical Spondylosis.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera. 

Lately, dok ketagih main sticker agaknya terasa tangan kanan ni ngilu je. Tapi ngilu yang sekejap ada, sekejap tiada. Sampailah hari hari Khamis lepas ngilu tu rasa berpanjangan, menulis pun tulisan jadi bersimpang siur, jenuh juga buat senaman tangan, tidak menjadi.

Lepas kena pneumonia lepas, entah macam mana serasa tangan dengan kaki kanan rasa heavy, hendak kata kebas tidak juga, rasa tebal dan berat. Tapi bila bekam dan urut, normal untuk dua tiga hari. Banyak kali juga tuan asben offer pergi hospital, biasalah si Syasya dengan hospital memang tidak geng, hendak makan ubat pun tidak suka apatah lagi ke klinik dengan hospital, aih~ 

Akhirnya drive pergi juga setelah dipaksa tuan asben, risau juga jika kena strok kan? makanya kita gigih la ditemani Auni dan Arrizqi. Tuan asben ajar pergi Putra Medical Centre (PMC), guna micare bawah nama tuan asben. Pendaftaran, yada- yada- yada dan menunggu. Pendaftaran sahaja sudah kena menunggu, giliran jumpa doktor tidaklah ramai, namun menunggu.

Doktor minta buat xray, selepas buat beberapa pemeriksaan fizikal. Masuk semula dengan fail xray, doktor kata something wrong with my tulang leher. Jadi dia buatkan surat rujukan pakar tulang, pulak daaah~ manakala kaki tidak ada apa-apa masalah.

Auni dan Arrizqi kita suruh dorang pergi shopping dulu, dorang terus menunggu dalam kereta dan kita menunggu pakar tulang Dr. Ramesh. Rezeki, Dr. Ramesh ada di hospital pada petang itu, merawat hanya di ruang kecemasan PMC.

So far, dengarlah penerangan pakar tulang tentang kenapa my hand rasa ngilu, sebaik sahaja dia buat pemeriksaan serupa doktor tadi dan tengok laporan xray. Rupanya kesan daripada bentuk tulang leher yang tidak normal menyebabkan saraf tangan kanan jadi terhimpit.


Lihat perbezaannya? orang normal bentuk C, kita punya bentuk lurus ye, kenapa? sebab bentuk tulang tu bukan segiempat seperti gambar kiri menyebabkan kita punya disc spaces jadi sempit. Bila sempit tu la yang tekan saraf tangan, gitulah kekdahnya.

Faktor? pakar kata mungkin keturunan, ada darah tinggi, kencing manis, merokok atau asap rokok sebabkan salur saraf jadi lebih sempit, pernah jatuh dan tabiat tidur arah ke kanan. 

Rawatan: Pakar suruh makan vitamin B1, B6, B12 dan buat regangan Cervical Spondylosis untuk rasa lega, sakit ni seiring dengan umur jadi memang tidak boleh pulih seperti 10 tahun yang lepas. Hanya boleh kurangkan rasa tidak selesa itu. Maka esoknya bermulalah, makan vitamin dan senaman, hahahaaa~ dah kata kita menua, taknak percaya yih~

So sekian cerita, kita akan busy sikit selepas ini. Macam-macam hendak diselesaikan, entah 2026 ini penuh cerita yang perlu dicari hikmahnya. Allah swt rindu sangat dengan kita ni, mudah-mudahan semua baik sahaja.

 - الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ 
All praises are for Allah in every condition.